Mengejar Ajal

Mengejar Ajal Khairulnizam Bakeri
  • Title: Mengejar Ajal
  • Author: Khairulnizam Bakeri
  • ISBN: 9789671199701
  • Page: 492
  • Format: Paperback
  • Mengejar Ajal Khairulnizam Bakeri Mengejar Ajal Timbalan Pendakwaraya Raed digelar The Hangman dan Undertaker kerana tidak pernah tewas dalam perbicaraan Adani pelukis masyhur di seluruh dunia Walau buta sejak lahir akibat kecacatan genetik dia m
    Timbalan Pendakwaraya Raed digelar The Hangman dan Undertaker kerana tidak pernah tewas dalam perbicaraan Adani, pelukis masyhur di seluruh dunia Walau buta sejak lahir akibat kecacatan genetik, dia mampu melukis hanya dengan menggunakan deria rasa Takdir Ilahi mempertemukan mereka.Segalanya berubah apabila Raed mengendalikan kes Datuk Buyong, bekas menteri yang dituduhTimbalan Pendakwaraya Raed digelar The Hangman dan Undertaker kerana tidak pernah tewas dalam perbicaraan Adani, pelukis masyhur di seluruh dunia Walau buta sejak lahir akibat kecacatan genetik, dia mampu melukis hanya dengan menggunakan deria rasa Takdir Ilahi mempertemukan mereka.Segalanya berubah apabila Raed mengendalikan kes Datuk Buyong, bekas menteri yang dituduh membunuh seorang pelacur kelas atasan Buat kali pertama, Raed tewas dan kematian Datuk Buyong beberapa hari kemudian menjadikan Raed sebagai suspek utama Dia dituduh dan dibicarakan.Di hari perbicaraan, Raed diculik Polis sangka itu helah lalu dia diburu Penculiknya membery syarat paling sukar Bunuh tiga orang dalam masa tiga hari, atau nyawa Adani jadi pengganti Siapakah tiga mangsa Raed Siapakah yang menculiknya Benarkah dia yang membunuh Datuk Buyong Bagaimana harus memburu, andai dia diburu Bersama Raed, MENGEJAR AJAL.
    • [✓ Mengejar Ajal || ☆ PDF Read by ✓ Khairulnizam Bakeri]
      492 Khairulnizam Bakeri
    • thumbnail Title: [✓ Mengejar Ajal || ☆ PDF Read by ✓ Khairulnizam Bakeri]
      Posted by:Khairulnizam Bakeri
      Published :2020-01-06T13:18:46+00:00

    About Khairulnizam Bakeri


    1. Khairulnizam Bakeri Is a well-known author, some of his books are a fascination for readers like in the Mengejar Ajal book, this is one of the most wanted Khairulnizam Bakeri author readers around the world.


    357 Comments


    1. Pernah rasa tak, bila kita suatu ketika kita kehilangan barang berharga Cari punya cari Geledah sana sini Sampai ke seluruh pelusuk isi rumah Tapi rupanya, barang yang dicari tu ada terselit dalam poket baju Ha, itulah yang saya rasa bila habis baca buku ni Heh Rasa macam ditipu Tapi, itulah kelebihan si penulis Buat kita khusyuk ikuti cerita dia sampai tak sedar ditipu Ciss Hehe Secara ringkasnya, kisah ini terbahagi kepada 3 bahagian Bahagian pertama membawa kita mengenali Raed Marzuki Raed se [...]

      Reply

    2. Jika di bandingkan novel terdahulu PECAH, aku lebih suka PECAH berbanding dengan novel iniNamun, novel ini masih lagi memaparkan genre thriller jenayah mengandungi elemen2 penyiasatanMenarik ada kejutan di penghujung ceritaIni merupakan buku pertama yang ku baca daripada Syarikat Roman BukuNovel ini tidak terlepas dengan bayang2 FIXI.h mengekalkan unsur2 urban dengan slanga bahasa yang celupar MANGLISHlahan sedikit unsur SX menjadi rencah dalam novel iniNovel yang di bahagikan kepada 3 bahagian, [...]

      Reply

    3. Masih mengekalkan gaya penulisan beritma senada pada kebanyakkan baris ayat Tak menjengkelkan walau sedikit pun bahkan mengkagumkan kerana Khairulnizam Bakeri sedia diketahui melimpah dengan perbendaharaan kata Mengejar Ajal adalah satu lagi karya bijaksana daripada penulis yang cukup rajin Setiap perencanaan dalam penulisannya begitu realistik Ini menggambarkan dengan jelas betapa bersungguh usaha dan kajian yang dilakukannya demi sebuah lembar fiksyen yang terpaku kejap di sisi realiti Walau p [...]

      Reply

    4. Novel thriller ni memang bestla ada banyak scene dalam court lagilah saya sukala baca novel ni asyik tertanya tanya je siapa dalang sebenar pembunuhan dan penculikan nirjaya habiskan novel ni dalam masa 3 jam sebab tak sabar nak tahu ending cerita ni.Tapi seriously memang tak sangka la dia orang ke dalang sebenar rasa tertipu pun ada,harap penulis boleh hasilkan lebih banyak novel yang best lepas ni.rasa puas hati bila ada novel ni dalam koleksi.

      Reply

    5. Sejujurnya saya suka kisah ini,cuma rasa sangat tertipu.Terutama dengan Raed,mungkin berdasarkan sipnosis dah letak tanda aras yg tinggi untuk si Raed ni sudahnyangaja bagi bintang rendah sbb x puas hati dgn Raed,sekian P S thanks to Hajar sbb bagi pinjam buku ni,mcm malas nak pulangkan pon ada rasanya buku dri penulis ni wajar dijadikan koleksi peribadi

      Reply

    6. Novel pertama saya baca untuk tahun 2015, dalam tempoh sebulan jugalah, saya dapat khatamkan novel ini, bukan kerana kurang umpphh tapi, kerana kekangan masa Pada mulanya, saya hendak beri 4 bintangakan tetapi, ada babak yang mengelirukanjadi, saya tolak 1bintangdi mana, pada awalnya, diceritakanRaed dan Adani sudah berkenalan sejak Adani masih melukis di Pasar Seni, di sebuah tapak kecil bernama matajari Tetapi, di bab lain, Adani dan Raed di katakan pertama kali bertemu di galeri milik Adani.r [...]

      Reply

    7. Jujurnya, lama saya tunggu buah tangan kedua dari penulis ini Novel sulung beliau adalah novel melayu pertama yang saya baca setelah bertahun dengan novel inggeris sahaja Ternyata, Mengejar Ajal tidak mengecewakan Menarik dan mengejutkan Jika membaca dari sinopsis sahaja memang kita tidak dapat jangka isu dan elemen yang ingin dipersembahkan dalam novel ini Elemen kejutan yang diselitkan dalam cerita memaksa pembaca membaca dari bab ke bab untuk memahami cerita Walaupun ada beberapa tempat yang [...]

      Reply

    8. Seperti yang dijangka daripada Nizambakeri Tentu sahaja hasil tulisan yang mendebarkan sehingga tangan enggan dilepaskan daripada karya terbaru beliau ini.Saya tak akan menulis mengenai jalan cerita kerana seperti yang saya selalu percaya, sinopsis di belakang buku kadangkala tidak akan membantu Ya, saya jarang sekali baca apa berlaku di belakang buku sebab saya mahu menggali sendiri isinya.Ada nama nama yang disukai daripada watak novel sebelum ini, juga nama watak utama adalah Raed terus terin [...]

      Reply

    9. Secara ringkas, mengisahkan Timbalan Pendakwa Raya, Raed yang tewas dalam perbicaraan untuk pertama kalinya Raed mengendalikan kes bekas menteri Datuk Buyong yang dituduh membunuh seorang pelacur kelas atasan.Beberapa hari berikutnya, Datuk Buyong didapati dibunuh dan menjadikan Raed sebagai suspek utama Dihari perbicaraan pula, Raed dan isterinya Adani seorang pelukis buta diculik Seperti biasa trademark penulis mungkin, ayatnya bernada Sedap bahasa lancar dibaca Cerita yang suspen dan sentiasa [...]

      Reply

    10. Sungguh, terpesona dengan gaya garapan Nizam untuk karya ni Bagi saya, karya ni lagi hebat dari PECAH Sesuai dengan tajuknya, Mengejar Ajal.Sangat sangat sangat menarik

      Reply

    11. I ll write a review later I ve been thinking about this review for a few days actually Maybe what makes me so freaking disappointed is how I was expecting something that wasn t so.ll out No seriously, I don t expect another bank heist I read Salah Taip for so many years I know how KNB can write with so many styles But somehow I was expecting Let me break it down for you At the first page, I already hate the name Seriously I do I don t know why but I do hate it I hate the name Raed, I hate the b [...]

      Reply

    12. Selesai membaca 312 mukasurat daripada novel karya Khairulnizam Bakeri ini dalam minda aku ada beberapa soalan yang jawapannya tidak dapat aku rungkai sendiri.Ben Dia terlibatkah dalam komplot antara Raed dan Adani Peluru yang ada fingerprint Raed Adakah Raed memang tidak sengaja memegang peluru dengan jari yang terdedah atau ianya sebahagian daripada brilliant plan oleh mereka Lelaki bertopeng yang menculik Raed Seawal kemunculan watak ni, aku agak agak ianya Ben Tapi, rasa ragu ragu pula diakh [...]

      Reply

    13. i finished less than 12 hours.aku baca sangat romantic bila Raed ngan Adani tu bersamana kita nak jumpa kan pasangan yang sorang buta dan sorang celik.Adani berkebolehan luar biasa.Raed pula cekapd as i expected and tertunggu2karya nizam bakeri yang kadang2 dia akan tulis dalam novel tu perkataan akhir sama ritma tu paling aku sukavel nie aku expect macam lain dari pada yang lain.tapi its ok still best tak lari daripada pembalasan dan dendam tak sangka juga akhir dia macam tuma aku tak faham cyn [...]

      Reply

    14. Crime is a circle Expect the unexpected bila baca buku ni For me, aku mmg suka karya ni The best among KNB punya masterpiece Still crime thriller genre Memang awesome Bagi yang nak baca, korang kena betul2 kunyah dan hadam cerita ni so nanti takda la nak bising2 pasal buku ni Semua yang writer tulis, all his style of writing untuk setiap 3 bahagian ada purpose dia sendiri yang buatkan aku sangat salute dengan KNB And yeah, babak2 pelik utk bacaan kanak2 pon tak banyak mcm PECAH I like it

      Reply

    15. 3.5 bintang.Lain daripada yang lain, tapi kenapa aku rasa macam tak puas lepas baca novel ni Erm entahlah Tapi ni memang genre kegemaran aku psycho thriller la kut rasanya Lepas baca novel ni, rasa macam tonton gabungan filem Number 23 dan Shutter Island Aku nak ucapkan tahniah buat penulis sebab aku tahu bukan senang nak karang cerita sebegini.

      Reply

    16. Ini adalah buku KhairulNizam Bakeri pertama untuk saya Saya tertarik dengan buku ini setelah disyorkan rakan rakan tambahan saya juga seorang pelajar jurusan undang undang Sejujurnya sinopsisnya bagi saya tidaklah menarik keinginan saya untuk membaca buku ini namun setelah beberapa muka dibaca, saya cenderung untuk menghabiskannya Lagi lagi ketika itu saya sedang melakukan latihan praktikal di Jabatan Peguam Negara oleh itu saya dapat membuat hubungan atau connection dengan watak seorang Timbala [...]

      Reply

    17. Novel ni mmg karya terbaik KNB It was hard to put down this novel actually Perjalanan cerita yg amat gila tapi teliti dan terperinci Ada taste dan definitely tak cliche for a malay piece Cuma jalan cerita kadang kadang nak ala ala hollywood material sikit so mcm a bit off I think tak perlu juga plot cintan cintun or 18sx pun novel ni dah bestle jadi fobia juga kalau selalu baca watak suami ada hubungan terlarang Takde plot mcm ni pun i think novel ni dah cukup adult dah.What i learned is that i [...]

      Reply

    18. Wow wow wowi karya tempatan ke rasa teruja sangat2lebih lazat dari pecahLebih indah dan puas baca citer ni macam tengah tonton muvie omputih jelayang2 membayangkan watak demi watakling teruja watak polis pmpn tuWahhhhhhhh.watak utama dan isterinya yang romantik.apa pun, cerita ni memang kena dengan jiwa, walaupun kisah2 jenayah ni aku kureng sikit,tapi KB bagi aku jadi minat dan terus baca pai habisTAHNIAH BUAT PENULISrja anda sangat bagusal dan buat aku pikir yang penulis ni banyak buat homewor [...]

      Reply

    19. Seriously kalo nak baca buku ini, kena baca dengan telitiJangan nak skip skipKalo korang skip skip memang korang peningJalan cerita agak berkecamuk tapi menarikPenuh debaran tersendiriko tak kan sangka siapa yang jahat sebenarnyaSangat menakutkanKalo baca novel ini akan membuatkan korang terfikir.tul ke dia nie macam iniPersonaliti seorang manusia tu ko memang x kan jangkaYang baik mungkin akan jadi jahatyang jahat sebenarnya sangat kejamDefinasi jahat tu ko sendiri xle nak rungkai selamat memba [...]

      Reply

    20. Lepas setahun baru sambung balik pembacaan Mengejar Ajal Aku jenis yang baca novel mesti baca bab akhir supaya nak tau pengakhiran dia macam mana Jadi bila baca Mengejar Ajal nih separuh jalan, aku baca bab akhir dan masih tak dapat tangkap pengakhiran dia macam mana Jadi, aku pun begitu gigihnya what s app adik aku semata mata nak tau pengakhirannya macam mana.Selepas baca Pecah, tak banyak beza sangat Clean Crime uh huh Tapi aku suka penulisan Khairulnizam Bakeri sebab dia ada gaya tersendiri [...]

      Reply

    21. karya jenayah dan misteri ni mmg menjadi minat akuternyata karya selepas PECAH ni, tak mengecewakan.gi hebat dan twisted plot die.g ohsem karya juragan ROMAN niaku sangka org lain yg mnjadi suspek utama rupanya back to squarehahahaxku sangka2hebat memang hebat puas hati je baca buku nionok gila

      Reply

    22. Mula mula baca buku ni, rase macam Ben yang jahat.Pastu rase pulak Adani.Tapi tak sangka pulak laki bini psyco.Jalan cerita yang menarik.Serius rase tertipu dengan si Raed.Memandangkan ini adalah pertama kali saye membaca karya tulisan Khairulnizam Bakeri,it gave me a good impressionsyaAllah,next book pecah.

      Reply

    23. Gaya bahasa yang memukau Jalan cerita yg cukup suspen Dicadangkan utk dijadikan filem Cuma aku sedikit keliru dan tertanya2 So watak jahat dlm kisah ni Adani ek Kesian Raed jd alat utk Adani balas dendam utk mak dia aku yg celaru siapa yg sebenarnya psycopath _

      Reply

    24. Tepat aku berada di titik tengah penceritaan, aku cuba kaitkan beberapa watak dengan teori aku sendiri, di mana mungkin watak ini sebenarnya yang antagonis Dan nyata sangkaan aku meleset, membuatkan buku ini layak diangkat 5 bintang Tahniah KB.

      Reply

    25. jenayah paling sempurna adalah jenayah yang tiada orang faham.dan gua tak faham is a perfect crime.

      Reply

    26. Penulisan tipikal Khairulnizam, tapi Pecah masih 1

      Reply

    27. The Malaysian court scenes were well researched The character of Adani is too good to be true.

      Reply

    28. Sebuah lagi karya menakjubkan daripada penulis Pecah Cuma tertanya tanya, pistol yang dikeluarkan oleh Cynthia pada penamat itu, pelurunya untuk siapa

      Reply

    29. Ada lompong lompong yang mencacatkan penceritaan Pengakhiran yang membuktikan bahawa kerana cinta, segalanya mungkin.Keseluruhan 3.5 5.

      Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *